Tuesday, March 19, 2013

Marine Kolagen Gred 4A (Hijau)



Marine Kolagen Gred AAAA yg telah siap di rebus menjadi spt jelly...

KAEDAH PENYEDIAAN :

1. Basuh kolagen mentah 100gm, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali, kalau tak nak
bau hanyir basuh dgn air asam jawa, kemudian bilas air bersih.
2. Rendam kolagen mentah yg telah dibasuh semalaman + pandan pun
boleh masa rendam biar bau wangi.
3. Simpan air rendaman (yg semalaman tu) tadi dan basuh sekali lagi 5-6
kali & toskan
4. Campur dgn 1.75 liter air kosong ke dlm periuk untuk direbus
5. Boleh rebus bersama daun pandan utk kurangkan baunya.
6. Rebus jgn sampai mendidih kerana kerana boleh menghilangkan khasiatnya...Apa pun yg berkhasiat akan hilang jika di masak dgn suhu kepanasan yg tinngi..

Selepas di rebus biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dlm bekas dan disimpan dalam peti ais – (seperti jelly) dlm bekas bertutup,
untuk dijadikan masker @ diminum utk kesihatan dalaman juga luaran.
(jgn simpan ditempat beku-peti ais)

CARA PENGAMBILAN :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur –
sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly),
ambil 2 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan
dgn sunquick/air buah kalau tak lalu makan gitu saja.
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

PERHATIAN : Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yg
tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang
vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yg maksimum & lebih cepat!
Banyakkan minum air kosong. 2 ke 3 liter sehari...

 
CARA MEMBUAT MASKER :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen yg dah direbus di muka
(sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


MANFAAT AIR RENDAMAN KOLAGEN (AIR YG DIRENDAM SEMALAMAN
JGN DIBUANG, BOLEH GUNA UNTUK :

HILANGKAN REKAHAN DITUMIT KAKI
CARA - CARANYA :
1) Ambil air Purine marine collagen (PMC) yang di toskan
2) Letak di dalam besen atau baldi
3) Rendam kan kaki anda sambil santai
4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya
5) Nak rendam lama-lama pun boleh

KESAN PENGGUNAANYA :
-Kesan sekali cuba - kulit tumit halus je rasa...
-Kesan sekali cuba - kulit tumit yang merekah berkurangan
-3 ari guna - rekahan berkurangan
-7 hari guna - rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA
-Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure.
(masa pemulihan bergantung jenis rekahan)

KULIT HALUS SEAKAN-AKAN BERLULUR @ KE SPA
CARA - CARANYA :
-Ambil air PMC yang di toskan
-Sapu di tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan
(seakan- akan sapu lotion)
-Biarkan kering selama 5 minit
-Bilas dan lihatlah hasilnya halus je rasa

KESAN PENGGUNAANNYA :
-Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa
tegang pada kulit
-Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi,
putih cerah, tegang (kesan dari kolagen yang ada daripada PMC)

RAMBUT HALUS & SUBUR
CARA-CARANYA :
-Sama seperti buat masker lain, ambil air yang ditoskan
-Sapu je kat atas kepala atau rambut
-Tunggu ia kering dan bilas
-Nak pakai lama-lama pun boleh

KESAN PENGGUNAANNYA :
-Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
-Botak , penggunaan berterusan insyaa Allah tumbuh rambut
-Rambut halus je dan subur

PERINGATAN :
Jika kolagen kering anda menunjukkan pertumbuhan crystal putih
seakan-akan kulat, sebenarnya ia bukan kulat. Ianya merupakan hablur
garam laut iodin yang terhasil bila mana suhu lembap & boleh dibuang
dengan membasuh sebelum merebusnya.
Jangan panik ini merupakan ciri-ciri kolagen marine asli.

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN :
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan (inflammation)memberi tenaga
membantu pola tidur memulihkan penyakit saraf dgn membina semula lapisan protin pada saraf.

APA ITU KOLAGEN:
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).
Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN :
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

"KOLAGEN RUMPAI LAUT...MENGAPA BERBELANJA LEBIH UNTUK CANTIK
SEDANGKAN KOLAGEN ASLI INI LEBIH MURAH & HARGA BERPATUTAN"
DIPETIK DARI RANCANGAN NONA 20 MAY 2012

Stok terhad..

Untuk harga Istimewa/Borong boleh SMS/Whats App saya..,Tq.

No comments:

Post a Comment