Kita nak share tentang khasiat Rumpai Laut ni...
Rumpai laut, Marine Collagen atau yang lebih dikenali oleh masyarakat Cina sebagai sarang burung laut merupakan satu anugerah dari lautan yang mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi. Berdasarkan artikel Nutritional Value of Edible Seaweeds (2007) yang ditulis oleh antaranya Paul MacArtain,PhD rumpai laut mula menarik perhatian ramai sebagai sumber makanan bernilai. Menurut buku panduan perubatan berasaskan herba “Ben Cao Gang Mu” yang ditulis oleh seorang pakar herba yang termasyhur dari China Li Shi Zhen, ‘Salted Grass’ iaitu tumbuhan batu karang, adalah sangat bagus kepada mereka yang mengalami sembelit, cirit-birit, kekurangan zat besi / galian atau masalah kulit. Terumbu batu karang telah dikatakan sebagai rahsia panjang umur sejak zaman dahulu.
Seaweed merupakan sejenis rumpai laut Eucheuma Cottoni yang berasal dari Semporna Sabah. Ia terbahagi kepada 3 gred iaitu berwarna kuning emas (Gred AA) maroon purple (Gred AAA) dan Hijau (Gred AAAA) yang serasi dengan tubuh manusia..
Fungsi Kesihatan
Rumpai laut amat membantu dalam
penyingkiran toksin dalam badan. Sistem badan kita tidak boleh berfungsi
secara efisien apabila badan kita mempunyai tahap toksin yang tinggi.
Ini akan mempengaruhi penyerapan kandungan zat galian daripada makanan.
Kekurangan zat galian akan menimbulkan masalah-masalah berikut iaitu
rambut gugur, jerawat, nafas berbau, berat badan, kencing manis, darah
tinggi, masalah kulit muka, kanser, selsema, batuk kering dan
berbagai-bagai lagi penyakit.
Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan
mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia
mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Dengan kata lain apabila sukar dihadamkan, ia TIDAK diserap / disimpan di dalam badan sebagai lemak.
Kolagen Semulajadi
Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis
bahan kimia yang dikenali sebagai fikokoloid. Ia digunakan dengan
meluas dalam industri pembuatan makanan. Salah satu fikokoloid yang
dijumpai dalam rumpai laut Eucheuma ialah karagenan. Bahan ini
digunakan sebagai AGEN PENSTABIL dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat
batuk, minuman keras dan hasil tenusu. Karagenan juga digunakan untuk membaiki tekstur roti dan sup.
Oleh itu, tidak hairanlah rumpai laut dikatakan kaya dengan KOLAGEN semulajadi kerana ia bertindak sebagai AGEN PENSTABIL.
Kekerapan penggunaannya menyebabkan kulit lebih cerah sekata, lembut,
mengurangkan keguguran rambut, menguatkan tulang dan memperbaiki sistem
imunisasi badan. Ia juga berupaya membantu mereka yang mengalami
penyakit pada sendi.
Kelebihan Rumpai Laut
| Menurunkan kandungan kolesterol (penyakit kardiovaskular) dan paras gula dalam darah (diabetes) | ||||||
| Serat (Fiber) dalam rumpai laut amat berguna untuk sistem penghadaman. | ||||||
| Kaya dengan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA. | ||||||
| Sesuai untuk penjagaan kulit dan anti penuaan | ||||||
| Sebagai sumber kolagen semulajadi. Menguatkan dan memperbaiki sambungan pada tulang rawan, ligamen dan sakit belakang. | ||||||
| Menormalkan fungsi kelenjar tiroid. | ||||||
| Mengelakkan masalah keguguran rambut | ||||||
| Sumber yang baik bagi diet kalori rendah dan diuretik. | ||||||
| Amat sesuai untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang di awal monopos dan obesiti. |

No comments:
Post a Comment